Cara Rasulullah Menjaga Kesehatan Diri
1) SELALU BANGUN
SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum
Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh
secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam
antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik
terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal
fikiran.
2) AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci
rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak
wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi
setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai
harum-haruman.” (HR. Muslim)
3) TIDAK PERNAH MAKAN
BERLEBIHAN
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah
satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak
terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam
tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara,
sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan
ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada
Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa
sunat.
4) GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah berjalan kaki
ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila
berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah
berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau
mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat
yang hendak kita pergi.
5) TIDAK PEMARAH
Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak
pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang
tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi
ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila
sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz
kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan
solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
6) OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis
memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada
Allah s.w.t.
7) TIDAK PERNAH IRI HATI
Bagi menjaga
kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi
daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat
mahmudah.”
8) PEMAAF
Pemaaf adalah sifat yang sangat
dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang
lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa
kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada
hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan
sihat.
“BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI.
Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah. Semoga hati kita
semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan
dengannya.”