Cara Rasulullah Menjaga Kesehatan
Bismillahir-Rah maanir-Rahim ...
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat
Islam contoh? Mencontoh Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu
dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini ADMIN ingin terangkan bagaimana cara hidup yang Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna
nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya
pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam
keadaan sehat walaupun mengerjakan tugas berat. Perhatikan
perbedaan dengan diri kita yang menghidap berbagai penyakit serta
penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sehat yang Baginda amalkan adalah:
1.Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi
melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam diantaranya mendapat limpahan
pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit
tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
2. Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Kamis atau Jumat, Baginda
mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai
minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumat adalah sangat dituntut
bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai
harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
3. Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak
makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak
sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada
tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air
dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan
khusus bagi umat Islam yaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi
menyeimbangkan kesehatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
4. Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi
rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka
dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk
mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih dominan
menaiki kenderaan. Kalau mau meletakkan kenderaan, mesti letaknya
betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
5. Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini
menunjukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada
jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang
tepat untuk menahan perasaan marah yaitu dengan mengubah posisi ketika
marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk,
maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah
itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi
mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
6. Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan
jiwa selain perlu perbanyak sabar, istiqamah, bekerja keras serta
tawakal kepada Allah s.w.t.
7. Tidak pernah iri hati
Bagi
menjaga kestabilan hati dan kesehatan jiwa, semestinya kita perlu
menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari
sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketentraman
hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada
dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sehat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat, tetapi dengan memberi. Sebenarnya,
banyak lagi cara hidup sehat rasul. Semoga hati kita semakin dekat
dengan
Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya. Aamiin......