Tanggung Jawab Pria dan Wanita Dalam Islam
Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ...
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:
1. Lelaki bujangan menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, sementara dosa anak gadis ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki yang sudah berumah tangga menanggung dosa sendiri, dosa
isteri, dosa anak perempuan yang belum pernah kawin dan dosa anak lelaki
yang belum baligh.
3. Hukum menjelaskan anak lelaki
bertanggung-jawab atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya, terutama anak lelaki yang tua,
tetapi perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik kepadanya diberikan pahala kalau berbuat sebaliknya
dosanya ditanggung oleh suaminya.
4. Suami wajib memberikan
nafkah pada isteri, tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh
membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri,lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
Banyak lagi…Bayangkan
betapa beratnya dosa-dosa yang harus ditanggung seperti gunung dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kalau kita kaji nyawa perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat karena tak kuat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung.Tetapi seorang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Sebagai seorang lelaki
pasti anda tahu, kalau tak tahu makanya jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita : ...
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita kesaksianya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari
lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu
menggunakan hartanya untuk isteri dan anak anak.
Wanita perlu
bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia
didoakan oleh segala malaikat dan seluruh makhluk ALLAH dimuka bumi ini,
dan bila wafat kerana melahirkan adalah mati syahid. Manakala dosanya
dosa kecil,dosanya diampun ALLAH .
Di akhirat kelak, seorang
lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini; Isterinya,
ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala
seorang wanita ditanggung oleh 4 orang lelaki ini ; Suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu
Syurga melalui mana pintu Syurga yang disukainya cukup dgn 4 syarat
saja:- Shalat 5 waktu,- Puasa di bulan Ramadhan,- Taat pada suaminya dan
menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad
fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan
tanggung jawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala
orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH…Lihat betapa sayangnya ALLAH pada wanitakan? Sememangnya derajat Wanita dimuliakan dalam Islam.